‘Langkawi, kami datang’ – Nora Danish

0
2

SEMPENA hari pertama Langkawi dibuka semula kepada pelancong, pelakon Nora Danish antara yang tidak melepaskan peluang terbang ke pulau lagenda itu hari ini.

Menerusi hantaran di Instagram, percutian pelakon itu turut disertai suaminya, Nedim Nazri Aziz dan anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim.

“Alhamdulillah, Langkawi, kami datang,” tulisnya ringkas dalam ruangan kapsyen.

Sementara itu, biarpun masih paranoid dan berasa berdebar selepas sekian lama tidak menaiki pesawat bukan menjadi penghalang buat Nedim untuk bercuti di Langkawi.

“Pertama kali melancong dengan menaiki pesawat selepas sekian lama. Tidak boleh menipu bahawa saya juga berasa gemuruh dan paranoid,” katanya di Instagram.

Menurut Nedim, bagi pelancong yang mahu ke Pulau Mahsuri itu dinasihatkan agar membuat ujian saringan Covid-19 sehari sebelum bertolak agar memudahkan urusan perjalanan.

“Buatlah Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19 sehari sebelum, lebih senang.

“Kakitangan di lapangan terbang banyak membantu walaupun mereka kelihatan penat. Terima kasih semua di Lapangan Terbang Subang,” ujarnya lagi.

Langkawi dipilih sebagai destinasi pertama projek rintis bagi pembukaan sektor pelancongan domestik yang boleh dikunjungi bagi mereka yang memenuhi kriteria Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pelancong dari seluruh negara termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan mengunjungi Langkawi bermula hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here