Gimnasium boleh beroperasi mulai esok – KBS

0
1

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan kebenaran kepada operator gimnasium di negeri dalam Fasa Dua dan ke atas Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk kembali beroperasi mulai esok.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker, berkata prosedur operasi standard (SOP) tambahan khusus untuk gimnasium dan sukan tertutup, akan diumumkan secepat mungkin.

“Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal membabitkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan tertutup (indoor) dibenarkan kepada individu yang lengkap vaksin.

“Esok, gimnasium dan sukan ‘indoor’ (bagi negeri Fasa 2 ke atas) sudah boleh bermula, SOP akan dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KBS sedikit masa lagi.

“Jadi buat masa ini tiada isu pembukaan gimnasium pada fasa dibenarkan cuma sedang menunggu SOP tambahan,” katanya memetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Kempen Derma Darah anjuran Youth Gopeng sempena Sambutan Hari Malaysia hari ini.

Lian Ker berkata, penyediaan SOP di peringkat akhir dan sedang menunggu maklumat lanjut berhubung SOP tambahan khusus untuk gimnasium dan sukan tertutup berkenaan.

“Pada asasnya isu sudah selesai, sebab sebelum ini kita bimbang berkenaan pengudaraan (gimnasium dan sukan indoor) dan isu sudah pun selesai, cuma kita sedang menunggu SOP tambahan.

“SOP tambahan bagi gimnasium, selain daripada SOP sebelum ini iaitu membabitkan penjarakan fizikal serta operator serta pekerja kena lengkap vaksin,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here