Ops Patuh: DBKL tutup 18 premis, keluarkan 98 kompaun

0
2

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 96 notis kompaun atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Patuh Terhadap Premis Perniagaan / Komersial di 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur.

Operasi oleh pasukan khas Jabatan Penguatkuasaan (JPK) DBKL itu dilaksanakan bermula 1 hingga 15 September 2021.

Menerusi kenyataan hari ini, DBKL memaklumkan sepanjang tempoh itu sebanyak 562 premis dan syarikat diperiksa melibatkan aktiviti perhotelan, pusat urut, perniagaan restoran, kedai pakaian / jahitan baju, kedai runcit, pasar raya, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Tujuan operasi adalah untuk memastikan pengendali premis perniagaan mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lain-lain akta dan peruntukan undang-undang dikuatkuasakan DBKL.

“Sebanyak lapan notis kompaun dikeluarkan menerusi Akta 342 dengan pelbagai kesalahan terhadap individu, premis dan syarikat yang ingkar pematuhan SOP PPN ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“DBKL turut menutup 18 premis melalui Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 melibatkan dua hotel kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral (urutan seks) dan 16 premis perniagaan yang dikendalikan warganegara asing,” katanya.

DBKL berkata pihaknya menahan masing-masing empat warga Thailand dan Indonesia serta enam rakyat Vietnam (pekerja seks/tukang urut) kerana terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Pada masa sama, sembilan warga Bangladesh, enam Pakistan, lima warga Indonesia serta empat rakyat India turut diambil maklumat bagi tujuan dokumentasi kerana mengendalikan premis perniagaan tanpa kebenaran,” katanya.

“Tindakan sita terhadap 29 pelbagai barangan turut dilakukan melibatkan monitor, cctv, amplifier, kondom, minyak pelincir, video dekoder, buku log, modem dan lain-lain peralatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here