Ekonomi negara boleh pulih dengan cepat – DPIA

0
1

PEMBUKAAN semula sektor ekonomi menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan memastikan ekonomi negara dapat pulih dengan cepat.

Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Asean (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan berkata ia sekali gus akan membolehkan rakyat dapat menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

“Pandemik Covid-19 adalah satu cabaran terbesar yang melanda negara serta dunia. Jadi, ramai yang terjejas disebabkan penularan wabak ini.

“Namun, kini dapat dilihat bahawa sektor ekonomi telah dibuka semula untuk memastikan ekonomi negara dapat pulih dengan cepat dan rakyat dapat menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga mereka,” katanya.

Beliau berucap pada Program MyInspirasi Keluarga Malaysia (MIKM 2021) sempena Sambutan Hari Malaysia secara maya disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini.

Sohaimi berkata, pihaknya turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan MIKM 2021 yang diadakan sempena sambutah Hari Malaysia hari ini.

“Bersesuaian dengan majlis ini, kita menyaksikan perjumpaan dihadiri pelbagai kaum untuk memberi sokongan sambutan Hari Malaysia meskipun terpaksa meraikannya secara maya.

“Namun, semangat kenegaraan sebegini perlu dipuji dan dikekalkan. Bukan sekadar meraikan cuti umum sahaja tetapi ruang dan masa yang diberikan hadirin pada hari ini amat membanggakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Alexander kerana sudi hadir dalam program itu.

“Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat walau di mana jua anda berada. Sama-samalah kita berdoa semoga negara kita yang bertuah ini sentiasa dilimpahi rahmat kemanan, kesejahteraan dan kemakmuran yang berkekalan.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan penganjuran program Myinspirasi For Keluarga Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here