Lebih 76% populasi dewasa lengkap vaksin

0
2
Warga-warga asing hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLCC ketika tinjuan Malaysiapost pagi tadi.

Seramai 17,833,355 individu atau 76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian di laman web COVIDNOW, memaklumkan 21,719,553 individu atau 92.5 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Justeru, jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam sebanyak 39,483,116 dos.

Peratusan populasi keseluruhan yang menerima satu dos vaksin Covid-19 setakat ini adalah 66.5 peratus dan bagi yang lengkap dua dos vaksin pula adalah 54.6 peratus.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan 248,810 pemberian dos dengan 68,534 daripadanya adalah dos pertama manakala 180,276  telah melengkapkan penerimaan dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here