Agong zahir penghargaan kepada petugas barisan hadapan ATM

0
1

YANG di-Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya yang bertugas di barisan hadapan.

Menerusi satu hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah petugas barisan hadapan ATM telah bertungkus lumus mengorbankan masa dan tenaga dalam membantu kerajaan membendung penularan wabak Covid-19 sejak awal tahun ini.

“Seri Paduka Baginda mendoakan semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari ATM ke-88 kepada seluruh warga angkatan tentera, para veteran angkatan tentera dan semua yang pernah berkhidmat bersama ATM.

“Selaku pemerintah tertinggi ATM, Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan dicurahkan seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara yang kita cintai bersama ini,” tulis hantaran itu lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here