Hari ini, Keluarga Malaysia disatukan dengan warna-warni – PM

0
1

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob Malaysia yang terbentuk pada 16 September 1963, masih utuh sebagai sebuah negara aman, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong sebagai Payung Perpaduan Negara.

Perdana Menteri berkata biarpun terpisah dengan luasnya Laut China Selatan, penyatuan bersama Sabah dan Sarawak telah membina satu negara bangsa yang berjaya dan berdaulat serta Keluarga Malaysia yang tinggal dengan semangat harmoni di dalamnya.

“Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia yang tercinta ini penuh dengan lembaran yang berwarna-warni.

“Terbinanya sebuah negara bangsa yang disebut dengan bangga sebagai negara Malaysia, adalah hasil capaian kemerdekaan Tanah Melayu 64 tahun lalu, kemudiannya terbentuk Malaysia enam tahun kemudiannya bersama-sama Sabah dan Sarawak tercinta,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Ismail Sabri berkata, hari ini negara membulat tekad, memperkukuhkan azam dan membugar semangat perpaduan seluruh rakyat dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang bersatu hati sebagai satu keluarga berjaya dan dihormati.

“Hari ini, Keluarga Malaysia ini diwarnai dengan warna-warni yang disatukan, dengan penghormatan dan rasa bangga untuk ibu pertiwi.

“Kepada Keluarga Malaysia yang amat saya sayangi, Selamat Hari Malaysia,” katanya lagi.

Perdana Menteri dijadual menyempurnakan sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu malam ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here