Terengganu beralih ke Fasa 3 PPN

0
3
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat PPV pandu lalu di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif.

KERAJAAN bersetuju membenarkan peralihan ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Terengganu berkuat kuasa Jumaat ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini.

Menurutnya, kelonggaran itu sama seperti negeri lain yang telah memasuki Fasa 3 sebelum ini dan prosedur operasi standard (SOP) terkininya akan dikemas kini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di laman sesawang, www.mkn.gov.my.

“Bagaimanapun, ekoran kelonggaran SOP yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, saya mendapati orang ramai mula mengabaikan SOP yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, saya berharap rakyat terus patuh pada SOP untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesediaan kerajaan membenarkan lebih banyak kelonggaran tidak bermakna semua pihak sudah boleh mengabaikan langkah-langkah keselamatan yang diamalkan selama lebih setahun ini.

“Justeru, saya berharap kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini dapat dimanfaatkan oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

“Patuhilah setiap SOP yang ditetapkan, pakai pelitup separuh muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan diri,” katanya.

Menurutnya, pihak penguat kuasa akan sentiasa memantau dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya didapati ada pihak yang melanggar garis panduan yang telah ditetapkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here