Fizz Fairuz masuk hospital kerana gastrik

0
3

PELAKON, Datuk Fizz Fairuz dimasukkan ke hospital akibat gastrik yang dialaminya sejak dua minggu lalu.

Berita itu dimaklumkan Isterinya, Datin Almy Nadia menerusi hantaran di Instagramnya.

Almy berkata, baru-baru ini suaminya telah dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit gastrik, dan dibenarkan keluar selepas selesai menerima rawatan, namun semalam keadaan dia kelihatan teruk semula dan dipaksa untuk kembali ke hospital.

“Sekali lagi dia dipaksa oleh isteri dia datang ke hospital untuk buat acara serah diri disebabkan angin gastrik.

“Doktor beritahu gastrik dia banyak sebab dah dekat 2 minggu dia tak makan disebabkan asid dalam perut banyak.

“Sekarang dia diberi drip,masuk ubat bagi dia ok. Lepas ni makan kena makan betul-betul,” tulisnya.

Sehubungan itu, Almy memohon orang ramai mendoakan agar suaminya segera sembuh.

“Doakan semua my boy cepat sembuh.. Saya sentiasa ada dengan you ok sayang..apa jadi pun I ada dengan you ok love,” katanya.

Menerusi entri story yang sama, Almy turut memuat naik foto Fizz yang sedang terlantar sakit di hospital bersama kapsyen menyatakan berat suaminya susut akibat jatuh sakit.

“Dia (Fizz) cakap dia gemuk…berat 84 kilogram(kg). Dia nak kurus sebelum mula penggambaran.

“Sekarang Allah makbulkan niat dia nak kurus…beratnya 78kg, kurus sebab sakit,” tulisnya.

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk seorang anak angkat.

Pasangan itu juga kini sedang menunggu kelahiran bayi keempat selepas Almy kini sedang hamil dengan kandungan memasuki usia tujuh bulan- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here