
MALAYSIA mencatatkan 19,495 kes baharu Covid-19 hari ini meningkat berbanding 15,699 kes semalam.
Berdasarkan data dan infografik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya, pertambahan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara kini mencecah 2,030,935 kes.
Menerusi data yang dipaparkan, Sarawak kembali merekodkan kes harian tertinggi dengan 4,709 kes.
Ia diikuti Selangor 2,710, Sabah 2,015, Johor 1,860, Pulau Pinang 1,757, Kelantan 1,434 dan Kedah 1,178 dan Perak 1,174.
Manakala, Terengganu 993, Pahang 766, Kuala Lumpur 363, Melaka 190 dan Negeri Sembilan 222.
Sementara, Perlis mencatatkan peningkatan kes dengan 108 berbanding 30 kes direkodkan semalam, manakala Putrajaya 16 dan Labuan catat sifar kes. -Malaysiapost
