Tak perlu pelitup muka berganda jika N95 atau KF94

0
2
india town

ORANG ramai tidak perlu memakai pelitup muka berganda jika memakai pelitup muka jenis N95 atau KF94.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menjawab pertanyaan seorang pelayar Twitter, hari ini.

“Jika anda memakai N95 atau KF94, anda tidak perlu memakai dua pelitup muka,” jawabnya kepada soalan Amirah Adilah Shari.

Terdahulu Amirah menciapkan hantaran di Twitter untuk mendapatkan kepastian sama ada semua jenis pelitup muka memerlukan penggunaan berganda pelitup muka.

“Kepada Tan Sri @DGHisham, adakah kualiti KF94 adalah setanding dengan dua pelitup muka (3ply + fabrik). Mohon Doktor beri nasihat, terima kasih,” ciapnya.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham menggalakkan orang ramai mengamalkan pemakaian pelitup muka jenis kain sebagai lapisan tambahan bersama pelitup muka jenis perubatan bagi membantu menyaring lebih banyak partikel halus.

Katanya, pemakaian pelitup muka dua lapis juga lebih baik daripada pemakaian pelitup muka jenis kain semata-mata.

Menurutnya, kajian mendapati pemakaian pelitup muka jenis kain yang dipakai bersama pelitup muka jenis perubatan dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here