Tambah anggota penguat kuasa di lokasi tumpuan umum – Zahid

0
1
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KERAJAAN perlu memperkasa langkah pencegahan penularan Covid-19 dengan menempatkan anggota penguat kuasa untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditempatkan lokasi tumpuan awam.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kebanjiran orang ramai di pusat riadah dan pelancongan sejak beberapa hari lalu dikhuariti meningkatkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

Katanya, keadaan itu juga sekali gus menyebabkan berlaku penularan di kalangan mereka yang tidak bergejala memandangkan kini ramai yang sudah menerima dos lengkap.

“Ini bermaksud mereka yang dijangkiti mungkin tidak menyedari mereka adalah positif dan mereka mungkin berada di sekeliling kita.

“Kedua laporan media menyebut data jumlah kematian Covid-19 menunjukkan ada dalam kalangan penerima lengkap vaksin maut akibat wabak tersebut.

“Data pada 9 September lalu menunjukkan daripada 18,802 kematian dicatatkan, seramai 922 (4.9 peratus) individu telah diberi vaksin lengkap. Terutama dalam kalangan warga emas dan pesakit dengan komorbiditi,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, keputusan kerajaan memberi lebih banyak kelonggaran perlu seiring dengan tanggungjawab memperkas keselamatan rakyat.

“Terutama dalam SOP dan mengenal pasti risiko penularan yang boleh berlaku dalam sesebuah aktiviti.

“Sebagai langkah pencegahan adalah wajar anggota penguat kuasa ditempatkan di lokasi tumpuan awam untuk memantau pematuhan SOP,” katanya.

Beliau berkata, walaupun peratusan kematian dalam kalangan penerima lengkap dos vaksin adalah rendah, tetapi nyawa setiap insan adalah berharga.

“Lagipun kita tidak mahu melihat saban hari ramai rakyat Malaysia jatuh sakit kerana ia boleh memberi impak kepada produktiviti negara,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, hujung minggu pertama Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang menyaksikan warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya membanjiri kawasan peranginan dan rekreasi.

Keadaan itu sekali gus menyebabkan lokasi tumpuan umum dibanjiri pengunjung yang sekali gus dibimbangi meningkatkan risiko penuluran wabak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here