Langkawi: Pelancong guna jalan darat perlu surat polis

0
2
khairy jamaluddin kj

HANYA pelancong yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri sahaja diperlukan mendapat surat dari polis bagi tujuan rentas negeri dan sekatan jalan raya (SJR).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata demikian susulan pembukaan semula Pulau Langkawi sebagai pusat pelancongan menerusi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi mulai 16 September ini.

“Pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu surat polis,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Khamis lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata pelancong dari seluruh negara termasuk dari negeri dalam Fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan mengunjungi Langkawi bermula 16 September.

Bagaimanapun mereka daripada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan mengunjungi pulau peranginan tersebut.

Nancy dilaporkan berkata, pelancong mempunyai pilihan untuk pergi ke Langkawi melalui jalan udara dan darat.

Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.

Manakala bagi pelancong yang memulakan perjalanan ke Langkawi dari Kedah dan Perlis, serta yang menggunakan jalan udara, tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.

Tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke pulau peranginan itu dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here