Sidang media pengoperasi sekolah petang ini

0
2

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin akan mengadakan sidang media berkenaan pengoperasian sekolah petang ini.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Radzi memaklumkan sidang media berkenaan akan diadakan pada jam 3 petang dan disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen utama.

Sejak dilantik semula sebagai mengetuai Kementerian Pendidikan (KPM), Radzi mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pembukaan semula sesi persekolahan.

Beliau turut mengadakan mesyuarat bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Khamis lalu.

Susulan pertemuan itu, beliau turut memaklumkan satu pelan komprehesif mengenai pengoperasian sekolah akan diumumkan dalam masa terdekat.

Isnin lalu, KPM bersetuju membuka semula sekolah di Labuan mulai 3 Oktober ini dengan fasa pertama membabitkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam.

Keputusan itu dibuat setelah menilai bahawa Labuan satu-satunya wilayah yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan jangkitan Covid-19 yang dapat dikawal. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here