Tiada makluman penerbangan masuk ruang udara Singapura – PDRM

0
2

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan telah mengesan sebaran mesej di laman media sosial yang mendakwa helikopter milik pihaknya mencerobohi ruang udara Singapura hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali mengesahkan terdapat penerbangan helikopter milik pihaknya di ruang udara berhampiran Singapura.

“Penerbangan helikopter milik PDRM di ruang udara berhampiran Singapura hari ini adalah bagi tujuan penugasan rasmi.

“Sepanjang penugasan berlangsung sehingga kini, PDRM tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa ruang udara Singapura mengenai sebarang insiden penerbangan helikopter tersebut telah memasuki ruang udara Singapura,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beberapa portal berita antarabangsa dan tempatan yang melaporkan Singapura telah mengerahkan dua buah jet pejuang F-16 untuk memintas helikopter milik PDRM.

Ianya selepas dikatakan helikopter milik PDRM terbang merentasi Pulau Tekong, Singapura kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurut portal tersebut, jet pejuang berkenaan dilihat mengelilingi Pangkalan Udara Paya Lebar, Singapura pada ketinggian 5,000 kaki. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here