‘Kerajaan PN tidak gagal’

0
2

TAN Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpinnya tidak gagal menguruskan pandemik Covid-19.

Bekas Perdana Menteri itu berkata segelintir pihak mahu menunjukkan kerajaan gagal dan sibuk berkomplot meruntuhkan pentadbiran negara sementara pihaknya pada waktu itu sibuk mengurus penularan wabak.

Jelasnya hasil usaha dilaksana dahulu dapat dilihat kini terutamanya mempercepatkan pemberian vaksin yang menyaksikan penularan di kawasan panas seperti Lembah Klang menurun dan pesakit di hospital juga berkurangan.

“Tetapi masih ada pihak kata kita gagal. Kita sebenarnya tidak gagal, mereka yang hendak lihat kita gagal.

“Kerana itu, semasa kita sibuk mengurus Covid-19, mengurus kebajikan rakyat, mereka sibuk berkomplot menjatuhkan kerajaan,” katanya dalam ucapan majlis ulang tahun kelima Bersatu secara maya malam tadi.

Presiden Bersatu itu turut mendakwa ramai rakyat tidak suka perbuatan kelompok terbabit namun beliau terpaksa akur dan meletak jawatan kerana kehilangan sokongan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pagoh itu menyifatkan tempoh pemerintahannya lebih setahun itu juga sebagai paling sukar dalam sejarah politiknya dan rakan-rakan politik.

Menurutnya, ini kerana Malaysia tidak pernah tidak pernah berdepan krisis kesihatan serta ekonomi dan kerajaan mengambil tindakan menyediakan pelbagai pakej bantuan bernilai RM350 bilion membantu segenap lapisan masyarakat.

Muhyiddin berkata rakyat kini boleh menarik nafas lega apabila hampir semua sektor ekonomi dan sosial dibuka hasil usaha kerajaan mengawal penularan Covid-19 daripada menjadi lebih teruk.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here