PH sia-siakan tawaran rentas parti Muhyiddin– Pemuda PAS

0
1

KETUA Pemuda PAS, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin membidas Pakatan Harapan (PH) kerana gagal
membuat keputusan rasional terhadap tawaran rentas parti dibuat bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata rakyat boleh mendapat keuntungan daripada tawaran ‘inovasi politik’ tersebut tetapi telah disia-siakan pembangkang.

“Hanya segelintir pimpinan PH boleh berfikir dengan rasional dan bersedia berbincang mengenai tawaran menguntungkan rakyat ini.

“Semoga di zaman pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri ini, pimpinan PH lebih bijak membuat keputusan,” katanya dalam hantaran Facebook.

Beliau mengulas tujuh tawaran kerajaan menerusi Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Tawaran tersebut termasuk ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.

Khairil Nizam berkata, penglibatan wakil pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan Covid-19 adalah suatu bentuk ‘political innovation’ yang diteruskan sejak zaman pentadbiran Muhyiddin.

“Tawaran yang diberikan adalah bersifat ‘win-win situation’ dan menguntungkan rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here