Mohon semua doakan keluarga kami – Almy Nadia

0
2

PELAKON, Datin Almy Nadia memohon orang ramai mendoakan ahli keluarga termasuk ibu dan anak angkatnya di Balik Pulau, Pulau Pinang yang disahkan positif Covid-19.

Berita itu dikongsikannya yang juga isteri kepada Datuk Fizz Fairuz di Instagramnya hari ini.

Almy memaklumkan bahawa ahli keluarga yang disahkan positif adalah ibu, adik perempuan dan suaminya serta empat anak mereka termasuk anak angkatnya berusia 12 tahun yang dipelihara oleh ibunya.

Bagaimanapun, katanya, bapa dan adik lelaki Almy tidak dijangkiti virus tersebut selepas keputusan ujian calitan yang diterima pagi tadi.

Justeru, Almy memohon maaf kepada ibunya kerana hanya mampu berdoa berikutan tinggal berjauhan.

“Minta jasa baik semua, doakan keluarga kami terutama mak yang berisiko tinggi. (Maafkan kakak mak, kakak hanya mampu doa dari jauh untuk mak cepat sembuh),” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here