Perhilitan Gua Musang jalankan operasi translokasi beruang matahari

0
1

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gua Musang menjalankan satu operasi translokasi seekor beruang matahari yang memasuki perangkap di Felda Perasu pada 17 Ogos lalu ke Taman Negara Terengganu.

Perhilitan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan tangkapan itu dibuat susulan menerima aduan penduduk kampung berhubung kehadiran haiwan tersebut di lokasi terbabit.

Justeru, katanya, pihaknya telah memasang perangkap sejak 8 Jun lalu.

“Keadaan beruang matahari tersebut baik dan stabil serta telah dilepaskan di kawasan Taman Negara Terengganu.

“Sehubungan itu, Perhilitan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here