PEJABAT Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan kononnya aktiviti rentas daerah dan negeri akan dibenarkan berkuat kuasa pada 17 September ini.
Ia susulan penyebaran infografik palsu mengenainya yang turut memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tersebar di media sosial hari ini.
Berdasarkan maklumat palsu itu, dinyatakan aktiviti rentas daerah dan negeri dibenarkan mulai 17 September kecuali melibatkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Palsu,” kata seorang pegawai PMO. – Malaysiapost

