Zoo Negara masih ditutup

0
2

DI SEBALIK Lembah Klang bakal beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), Zoo Negara masih ditutup buat sementara waktu sehingga pengumuman selanjutnya daripada pihak kerajaan.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Zoo Negara, penutupan sementara tersebut selaras dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Selaras dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO 3.0), Zoo Negara ditutup sementara sehingga pengumuman selanjutnya daripada kerajaan.

“Teruskan mengamalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka, basuh tangan anda dengan sabun dan air atau gunakan cecair pembersih tangan dan sentiasa berwaspada,” kata hantaran itu hari ini.

Sebelum ini Zoo Negara kembali dibuka kepada pengunjung bermula 5 Mac lalu, setelah ditutup tujuh bulan sejak PKP pertama dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

Bagaimanapun ia dilaporkan ditutup semula susulan pelaksanaan PKP 3.0 serta total lockdown dan Fasa Satu PPN.

Lembah Klang bakal beralih ke Fasa Dua PPN berkuasa kuasa esok.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bermula esok pergerakan rentas daerah dibenarkan bagi kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya melibatkan individu yang lengkap dua dos vaksin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here