
MALAYSIA mencatatkan kembali kes kematian akibat Covid-19 melebihi 300 kes iaitu 311 kes direkodkan hari ini.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini mencecah 18,802.
Berdasarkan data dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 18,902 kes sembuh baharu direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini adalah 1,609,903.
Kes harian jangkitan Covid-19 hari ini pula merekodkan 18,547 dengan 18 daripadanya adalah kes import.
Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 252,002 di seluruh negara dan sehingga hari ini jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu kini mencecah 1,880,734.
Sementara itu, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 977 kes dan 447 memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost
