2 lokaliti di Sabah dikenakan PKPD

0
1

KAMPUNG Sugiang Baru, Tenom dan Kampung Rapak, Ranau di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa bermula Khamis ini hingga 22 September.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira penilaian risiko dan aliran peningkatan jangkitan Covid-19 di kawasan itu.

Beliau turut mengumumlan lanjutan PKPD Kampung Rampayan Laut, Kota Belud juga kepada 22 September.

Keputusan itu juga dibuat memandangkan peningkatan kes di lokaliti terbabit.-Malaysiapost

Sabah yang sepatutnya tamat PKPD esok, dilanjutkan 9 hingga 22 September ini selepas melihat trend peningkatan jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here