Aminuddin nafi gagal tadbir PKR Negeri Sembilan

0
2

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan beliau gagal mengetuai dan mengukuhkan kepimpinan PKR di negeri itu.

Aminuddin berkata, keadaan pandemik Covid-19 sekarang serta kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan beliau mengadakan pertemuan dengan anggota akar umbi PKR sejak beberapa bulan lalu.

“Lagipun saya masih berhubung dengan mereka. Macam mana saya boleh adakan program kalau kita semua memang tidak dibenarkan berbuat begitu?

“Saya tak nampak ada masalah di sini, bagaimanapun saya akan mengadakan mesyuarat peringkat negeri sebelum akhir bulan ini untuk selesaikan isu berbangkit,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Semalam, sekumpulan pemimpin dan anggota akar umbi parti itu menyatakan rasa hilang keyakinan mereka terhadap Adun Sikamat tersebut.

Dalam kenyataan bersama itu, mereka memaklumkan rasa kecewa terhadap cara Aminuddin menguruskan hal ehwal parti dan mahu organisasi PKR Negeri Sembilan dirombak.

Bagaimanapun, Aminuddin yang juga Pengerusi PKR Negeri Sembilan menjelaskan, pihaknya tidak dapat melaksanakan sebarang program sejak Mei lalu disebabkan ancaman Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here