MALAYSIA melaporkan 20,396 jangkitan baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan kes setakat ini adalah 1,844,835.
Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, kes baharu di Sarawak naik mendadak apabila mencatatkan 3,747 kes.
Situasi itu menyebabkan Sarawak semakin menghampiri Selangor yang masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 3,886 kes.
Dua lagi negeri mencatatkan lebih 2,000 kes iaitu Sabah (2,136) dan Johor (2,165).
Sementara itu, empat negeri merekodkan kes melebihi angka 1,000 iaitu Pulau Pinang dengan 1,961 kes, diikuti Kedah (1,587), Perak (1,057) dan Kelantan (1,078).
Kuala Lumpur mencatatkan 597 kes, manakala Pahang (486), Terengganu (861), Melaka (459) dan Negeri Sembilan (269).
Perlis pula merekodkan kes baharu sebanyak 79 kes, diikuti Putrajaya (25) dan Labuan hanya mencatatkan empat kes. – Malaysiapost

