Super Mokh ketiga, atasi Messi, Pele

0
3

BEBERAPA hari lalu, bintang Juventus, Cristiano Ronaldo berjaya memecahkan rekod 100 gol bagi perlawanan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Portugal.

Namun, ramai antara kita mungkin tidak sedar bahawa lagenda bola sepak negara, arwah Mokhtar Dahari sebenarnya memiliki rekod yang hampir setanding.

Berdasarkan beberapa sumber statistik, Super Mokh telah menjaringkan 86 gol untuk skuad kebangsaan Malaysia sepanjang kariernya.

Angka itu meletakkan beliau sebagai pemain di tempat ketiga secara keseluruhan dalam All Time International Goal Scorer.

Allahyarham Mokhtar pernah beraksi menentang legenda Argentina, Diego Maradona.

Rekod Mokhtar tersebut ketika ini hanya mempunyai 15 perbezaan gol dengan apa yang dicapai oleh Ronaldo dan 23 gol dengan pendahulu iaitu Ali Daei dari Iran.

Lebih menarik, jumlah jaringan gol oleh Lionel Messi pada peringkat antarabangsa bersama skuad kebangsaan Argentina kini hanya berjumlah 70 gol, manakala legenda Brazil dan dunia, Pele mengumpul 77 gol. – Malaysiapost