Sharifudin Abdul Rahim
SEJAK dari awal 2021, rakyat Malaysia tidak ‘merdeka’, disekat dengan beberapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Begitupun, tibanya bulan kemerdekaan, semangat untuk menyambutnya tetap membara.
Kalau dulu merdeka daripada penjajah, kini pasti doa dipanjatkan rakyat Malaysia mengharapkan negara ‘merdeka’ daripada Covid-19.
Tinjauan Malaysiapost di sekitar ibu kota mendapati, kemeriahan bulan kemerdekaan dirasai dengan kibaran jalur gemilang di premis perniagaan, pusat beli belah, bangunan kerajaan dan jalan raya.
Semoga tahun hadapan suasana berbeza dapat dirasai menjelang tarikh keramat 31 Ogos.
Selamat Hari Merdeka ke-64 Malaysiaku!

Grafiti sejarah kemerdekaan dilukis di bawah terowong Jalan Sultan Abdul Samad. 
Skrin Pavillion memaparkan ucapan Hari Kebangsaan bersama bendera jalur gemilang menjelang Hari Kebangsaan 2021. 
Pekerja Seven Eleven, Shah Nur Syafinaz Binti Shaharuddin, 21 tahun (kiri) dan Amirah Syafiqah Zakaria, 21 mengambil peluang memasang jalur gemilang di hadapan kedai Seven Eleven. 
Pekerja bangunan memasang bendera jalur gemilang di sebuah bangunan Kuala Lumpur hari ini. 
Bendera jalur gemilang berkibar di hadapan Menara Kembar Petronas, KLCC hari ini. 
Bendera jalur gemilang berkibar di hadapan Pavillion hari ini. 
Bendera jalur gemilang berkibar di sekitar Kuala Lumpur ketika tinjaun Malaysiapost hari ini. 
Publika turut memasang bendera jalur gemilang di dalam kompleks. 
Bendera jalur gemilang berkibar di sekitar Kuala Lumpur ketika tinjaun Malaysiapost hari ini.

