Gerakan beri isyarat mahu kerusi Teluk Intan

0
2

PARTI Gerakan mahu bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan yang dilihat sebagai ‘kerusi presiden’.

Presidennya, Datuk Dominic Lau, berkata Teluk Intan dilihat sebagai ‘kerusi presiden’ kerana pernah ditawan bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

“Bekas presiden parti telah memberi banyak sumbangan dan hasilnya jelas kelihatan, justeru Gerakan perlu mengorak langkah baharu di Teluk Intan,” katanya seperti dilapor Nanyang Siang Pau.

Selain Parlimen Teluk Intan, Lau menyatakan parti itu akan bertanding di ‘kerusi-kerusi tradisi’ termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Bedamar di Perak.

Kerusi Parlimen Teluk Intan kini disandang Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Ming dan DUN Pasir Bedamar juga milik DAP menerusi Terence Naidu.

Sementara itu, Lau berkata keputusan Gerakan untuk menyertai Perikatan Nasional berlandaskan pertimbangan politik.

“Kerajaan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sedang melancarkan pakej rangsangan ekonomi secara proaktif.

“Sebagai sebuah parti yang bebas, kami pasti akan memberi sokongan penuh,” katanya.-Malaysiapost