Turun atau diturunkan jika tipu kelulusan – Mufti Perlis

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

MENIPU sijil atau kelulusan adalah jenayah yang membawa kepada penipuan demi penipuan yang lain, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, bagi individu yang mencapai kedudukan kerana penipuan, golongan itu perlu diturunkan.

“Ia tidak boleh dilakukan oleh orang bawahan, apatah lagi yang berada di peringkat atasan.

“Sesiapa yang mencapai kedudukan kerana penipuan sijil atau kelayakan, dia hendaklah turun atau diturunkan,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Asri tidak menyatakan siapa yang dimaksudkan beliau dalam hantaran Facebook berkenaan.

Sebelum ini, sebuah portal tempatan melaporkan mengenai keraguan sijil dan kelayakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Ahli Parlimen Padang Besar itu didakwa memperoleh MBA dari Global University namun universiti itu tidak menawarkan MBA.

Selain itu, universiti berkenaan terletak di Missouri dan bukan California di Amerika Syarikat. -Malaysiapost