Kes di Selangor semakin menurun, Sabah kembali melonjak

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pDianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.esakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KES Covid-19 di Malaysia kembali melepasi angka 20,000 apabila melaporkan sebanyak 20,837 jangkitan baharu hari ini.

Jumlah keseluruhan kes di negara ini sejak wabak melanda terus meningkat kepada 1,593,602 kes.

Semalam Malaysia melaporkan 17,672 kes manakala 19,807 kes dicatatkan kelmarin.

Berdasarkan data dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes di Selangor terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 4,645 kes berbanding antara 6,000 hingga 7,000 sejak beberapa minggu lalu.

Kes di Sabah pula terus melonjak apabila merekodkan 3,376 jangkitan, iaitu tertinggi sejak sekian lama.

Pulau Pinang melaporkan 2,054 kes, diikuti Kedah (1,772), Johor (1,743), Sarawak (1,543), Kelantan (1,422), Kuala Lumpur (1,284) dan Perak (1,242).

Pahang pula merekodkan 521 kes, Melaka (396), Terengganu (383), Negeri Sembilan (351), Perlis (74), Putrajaya (27) manakala Labuan mencatatkan empat kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here