Burger percuma untuk Ismail dan Sabri

0
1

SEMPENA meraikan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan, pemilik nama Ismail dan Sabri berpeluang menikmati burger percuma.

Tawaran itu dibuat oleh usahawan Zamburger, Norizam Tukiman menerusi satu hantaran di Facebook Zamsaham hari ini.

Menerusi hantaran itu, orang ramai yang memiliki nama Ismail atau Sabri berpeluang untuk menikmati burger keluaran Zamburger secara percuma yang ditawarkan hari ini.

“Kami mencari Ismail dan Sabri. Nak bagi burger percuma,” catat Facebook Zamsaham, hari ini.

Namun, pihak Zamburger tidak memperincikan sama ada tawaran itu dibuka di setiap outlet syarikat itu.

Sebelum ini, tawaran yang serupa pernah dilakukan oleh pemilik restoran Ikan Patin Temerloh di Shah Alam.

Bagaimanapun, tawaran itu hanya diberikan kepada pemilik nama Ismail atau tertera nama Ismail di dalam kad pengenalan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here