Gangguan air: SPRM siasat elemen rasuah

0
3

Fitri Nizam

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap isu pencemaran Sungai Gong yang menyebabkan masalah gangguan bekalan air kepada sebahagian besar penduduk di Lembah Klang.

Siasatan itu antara lain meneliti elemen rasuah membabitkan mana-mana pihak termasuk agensi penguatkuasaan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu berkenaan diminta untuk tampil memberi kerjasama dengan suruhanjaya ini.

Media sebelum ini melaporkan, loji rawatan air (LRA) dihenti tugas susulan pencemaran dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor, membabitkan LRA Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang.

Gangguan bekalan air tidak berjadual ini melibatkan 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. -Malaysiapost