Ibu Elyana positif Covid-19

0
2

PENYANYI dan pelakon, Elyana memaklumkan ibunya, Shamsidar Alias disahkan positif Covid-19, semalam.

Perkhabaran duka itu dikongsikan Elyana menerusi Instagram, dan memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat ibunya.

“Assalamualaikum. Hari ini, mama saya Shamsidar Alias disahkan positif Covid-19. Alhamdulillah ahli keluarga yang lain negatif.

“Saya mohon doa kalian untuk mama saya supaya diberikan kesembuhan segera dan kekuatan untuk melawan sakit ini. Tolong doakan mama saya,” tulisnya.

Elyana bagaimanapun bersyukur apabila ahli keluarga lain termasuklah bapa, Emrizal Shamsudin dan adik lelaki, Eizad Ezmeer bebas Covid-19.

Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal turut berdoa untuk bapanya yang kini sedang menjaga ibunya itu agar dilindungi Allah daripada terkena jangkitan virus tersebut .

“Ya Allah yang maha berkuasa, yang maha penyembuh dan yang maha pendengar. Sembuhkanlah ibu yang sudah melahirkanku, Shamsidar Alias dari penyakit ini.

“Dan kau lindungilah ayah ku, Emrizal Shamsudin yang sedang menjaga ibuku dari terkena jangkitan. Serta jauhkan lah adik lelakiku, Eizad Ezmeer dari berjangkit.

“Lindungi lah kami ya Alllah, kuatkan lah kami, sesungguhnya engkaulah maha penyembuh,” katanya.

Pelakon Dunia Baru The Movie itu hingga kini sedang berjuang melawan kanser limfoma yang dihadapinya sejak 2012 dan membuat pendedahan mengenai penyakitnya pada 2017 ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat.

Pada Jun lalu, Elyana dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan radioterapi sebanyak 10 sesi susulan penyakit kansernya itu sudah merebak ke dada, paru-paru, belakang rahim, usus dan beberapa bahagian badan yang lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here