Kehilangan Puppy terima simpati ramai

0
3

KEHILANGAN seekor kucing yang dikenali sebagai ‘Puppy’ telah mendapat perhatian warganet yang mendoakan semoga kucing itu kembali segera ke rumah tuannya.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Mink Gemuk, kucing itu dipercayai terlepas dan hilang sejak dua hari lalu.

“Puppy terlepas tapi masih tak balik-balik dari malam tadi. Selalunya selepas satu atau dua jam dia akan balik makan. Risau dia menuju terus ke hutan. Doakan Puppy balik.

“Subuh tadi kakak dan abang Din keluar cari Puppy. Mint Gemuk pun sudah dibagi tugas mencari Puppy. Untuk pengetahuan, Puppy sangat takut dengan orang dan Sistem Pengesanan Kedudukan Global (GPS) tidak berfungsi,” tulisnya.

Video rakaman kamera litar tertutup (cctv) yang dimuat naik juga jelas kelihatan kucing tu terlepas dan keluar dari pagar rumah pemiliknya.

Juga terdapat siaran langsung Facebook pemiliknya yang mencari Puppy di sekitar hutan berhampiran dengan rumah mereka petang semalam.

Puppy adalah ‘adik angkat’ kepada Mint Gemuk, ‘kucing selebriti’ yang mempunyai lebih 170,000 ribu pengikut di Facebook dan 15,000 ribu di laman Instagram.

Facebook live laman tersebut mendapat lebih 25,000 ribu tontonan dan warganet turut menzahirkan kesedihan mereka atas kehilangan Puppy.

“Saya turut bersedih. Semoga dipermudahkan mencari Puppy dan dia dilindunginya dan akan jumpa jalan pulang ke rumah. Amin. Kita semua mendoakan,” tulis Hernie Mohd Yunos.

“Semoga Allah permudahkan urusan baba n family. Ya Allah kau tunjukkan jalan Puppy balik kepada familynya Amin,” kata Nor Azizah Salleh.

“InshaAllah Puppy akan balik ke rumah tuannya. Cuma lambat atau cepat sahaja. Semoga Puppy selamat,” komen Mas Nasir.

“Allahu. Kalau ada sesiapa yang ambil tolong la pulangkan Puppy. Babah tengok juga dalam longkang kot Puppy jatuh cedera ke,” kata Farah D’aqiem. – Malaysiapost

https://www.instagram.com/tv/CE0Jv0eBSsh/?igshid=1v4dwav3jl874