KERAJAAN bersetuju membenarkan 11 aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran untuk kembali beroperasi dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa esok.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kesemua 11 aktiviti ekonomi itu adalah tambahan kepada 11 aktiviti yang dibenarkan beroperasi semula dalam Fasa 1.
Aktiviti-aktiviti ekonomi tersebut adalah seperti berikut:
- Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi;
- Kedai barangan terpakai;
- Kedai bunga dan nurseri;
- Kedai kraftangan dan cenderahati;
- Kedai antik;
- Kedai alat permainan;
- Kedai permaidani;
- Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif;
- Kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lainlain);
- Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi;
- Kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik);
Perdana Menteri berkata, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula itu perlu memastikan pelanggan menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap. – Malaysiapost

