Polis hubungi Caprice, Nadir tetapkan tarikh ambil keterangan

0
2

POLIS sedang berhubung dengan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman untuk menetapkan tarikh bagi mengambil keterangan mereka secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata tindakan tersebut dilakukan susulan laporan oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, bulan lalu.

“Kita sedang berhubung dengan kedua-dua mereka untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan secara atas talian,” katanya seperti dilapor Kosmo!.

Difahamkan, tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membabitkan kenyataan di media sosial.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 21 Julai lalu, Ebit membuat laporan di IPD Dang Wangi.

Laporan itu dibuat selepas Ebit mendakwa tuduhan beberapa pihak termasuk Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan Muhammad Nadir adalah tidak berasas sehingga mengganggu emosi ahli keluarga serta pasukannya. – Malaysiapost

Kredit Foto: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here