KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kesahihan mesej tular di aplikasi WhatsApp berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Keluarga.
Menerusi mesej tular yang didakwa dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah itu memaklumkan senarai ubat-ubatan yang perlu ada di rumah bagi menghadapi penyakit Covid-19.
Ubat-ubatan tersebut adalah seperti Parasetamol; Betadine untuk ubat kumur dan berkumur dan Vitamin C, D3 dan B kompleks.
Selain itu, turut disertakan cara bagaimana mengendalikan tiga peringkat wabak ini dengan mengambil ubatan seperti vitamin C.
Malah, ia juga menyarankan minuman lemon yang boleh mengelak virus smpai ke paru-paru.
Justeru, KKM menegaskan ia adalah tidak benar dan menyarankan agar orang ramai tidak menyebarkan maklumat tersebut yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat – Malaysiapost

