Umno sahkan utus 2 warkah kepada Agong

0
2

UMNO mengesahkan mengutuskan dua warkah berkaitan penarikan semula sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Memetik laporan Umno Online, warkah-warkah berkenaan diutuskan pada 30 Julai dan 4 Ogos lalu oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi kandungan warkah pertama bertarikh 30 Julai 2021, Ahmad Zahid memaklumkan surat itu diutuskan untuk sembah maklum kepada Seri Paduka mengenai surat akuan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional/Umno menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menerusi surat berkenaan, Ahmad Zahid berkata, ia seiring dengan keputusan Umno sebagaimana yang telah diputuskan melalui resolusi Majlis Kerja Tertinggi pada 7 Julai 2021.

Sementara, dalam kandungan warkah tambahan bertarikh 4 Ogos 2021, Ahmad Zahid memaklumkan surat berkenaan adalah lanjutan kepada warkah terdahulu yang menyebut akan terdapat Surat Akuan yang akan menyusul.

“Patik juga ingin sembah maklum, setakat warkah ini dipersembahkan terdapat empat belas Ahli-ahli Parlimen yang telah menandatangani Surat Akuan penarikan sokongan kepada Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yasin, nama-nama mereka adalah seperti berikut:

  1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi – Bagan Datuk
  2. Datuk Seri Najib Razak – Pekan
  3. Datuk Seri Ahmad Maslan – Pontian
  4. Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah – Lenggong
  5. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim – Baling
  6. Datuk Azalina Othman – Pengerang
  7. Datuk Seri Bung Mokdar Radin – Kinabatangan
  8. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub – Machang
  9. Datuk Mohd Nizar Zakaria – Parit
  10. Datuk Ahmad Nazlan Idris – Jerantut
  11. Ramil Datuk Mohd Nor – Cameron Highlands
  12. Datuk Mohamad Alamin – Kimanis

13.Tan Sri Noh Omar – Tanjung Karang

  1. Tengku Razaleigh Hamzah – Gua Musang

(tidak pemah menandatangani Surat Akuan Bersumpah menyokong Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Md Yasin dan telah memohon kepada Speaker Dewan Rakyat untuk menukar tempat duduk di Dewan Rakyat)

“Patik ingin mengesahkan TIADA seorang pun Ahli Parlimen yang menarik kembali Surat Akuan yang telah dipersembahkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku. Dengan ini patik memperakui empat belas Ahli Parlimen yang telah diabsahkan sepenuhnya,” katanya sepertimana dalam lampiran surat berkenaan.

Bagaimanapun Umno Online kemudiannya menarik balik artikel yang disiarkan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here