Kes baharu Covid-19 masih tinggi, 17,236

0
1
Orang ramai beratur mengikut SOP bagi menjalani ujian saringan Covid-19 di Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

MALAYSIA merekodkan 17,236 jangkitan harian Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, sehingga 9 Ogos, jumlah kumulatif positif Covid-19 di Malaysia yang direkodkan adalah 11,279,776 kes.

Selangor kekal negeri paling tinggi merekodkan kes positif Covid-19 iaitu 5,740 sekali gus jumlah keseluruhan mencecah 470,755 kes.

Manakala lima negeri masih merekodkan jangkitan harian Covid-19 empat angka iaitu Kuala Lumpur 1,567, Kedah (1,328), Sabah (1,247), Johor (1,232), dan Negeri Sembilan (1,215).

Manakala negeri yang masih merekodkan jangkitan harian Covid-19 tiga angka ialah Perak 935, Kelantan (914), Pulau Pinang (908), Pahang (604), Sarawak (589), Terengganu (501) dan Melaka (360).

Sementara itu, Putrajaya merekodkan 66 kes positif Covid-19, diikuti Perlis 22 kes dan Labuan dengan 8 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here