Boleh solat di masjid, surau bagi penerima vaksin lengkap

0
2
Seramai 50 jemaah dibenarkan menunaikan Solat Jumaat dengan mengikut SOP di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur hari ini. Solat Jumaat dan fardu dibenarkan di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bermula hari ini termasuk solat Aidiladha dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kebenaran itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan dan SOP baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

KERAJAAN membenarkan individu lengkap dua vaksin untuk menunaikan solat di masjid dan surau, bermula Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata kebenaran itu hanya untuk mereka yang sudah dua minggu atau 14 hari selesai melengkapkan vaksin Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca atau selepas 28 hari selesai menerima vaksin satu dos, Johnson & Johnson dan CanSino.

“Pihak masjid dan surau perlu pastikan SOP berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan juga pastikan jemaah terus pulang selepas selesai solat.

“Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat mesti menunjukkan kepada petugas masjid dan surau sijil digital vaksinasi Covid-19 (digital certificate Covid-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu itu sudah menerima vaksinasi lengkap,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan pengumuman khas Perdana Menteri berkenaan kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here