Lengkap vaksin boleh beriadah dan bersukan di negeri Fasa 2

0
1
basikal senaman riadah aktiviti sukan

INDIVIDU yang menerima vaksin lengkap di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenar menjalani aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.

“Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah dibenarkan selaras dengan kebenaran dine-in. Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 yang menunjukkan bahawa individu itu sudah menerima vaksinasi lengkap.

“Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah tidak dibenarkan. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan,” katanya dalam pengumuman khas, hari ini.

Aktiviti dibenarkan itu kata Muhyiddin, adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here