Individu lengkap vaksin boleh ‘dine-in’ Selasa ini

0
1
Orang ramai mula makan di dalam restoran di sekitar Kuala Lumpur, selepas kerajaan membenarkan pelanggan untuk makan di dalam premis makanan bermula hari ini. Peraturan itu terhad kepada dua pelanggan di sebuah meja dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

INDIVIDU yang telah menerima vaksin lengkap dibenarkan untuk menjamu selera atau ‘dine in’ di premis makanan, bermula 10 Ogos ini.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalan pengumuman khas hari ini, kelonggaran itu yang terpakai untuk negeri di fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanapun Muhyiddin menjelaskan, penerima vaksin lengkap yang dimaksudkan itu mestilah melepasi tempoh 14 hari selepas menerima suntikan dos kedua (Pfizer, Sinovac, Aztraneca).

Manakala bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Muhyiddin juga menasihati orang ramai mestilah berhati-hati dengan memilih premis makanan yang mempunyai ruang pengudaraan yang baik untuk menjamu selera di samping mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau menambah, gunakan kemudahan ini untuk menjamu selera jika perlu dan tidak terlalu lama berada di premis makanan tersebut.

“Pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

“Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak di bawah umur 17 tahun untuk dine in di premis makanan, tetapi mestilah sentiasa memastikan pematuhan SOP,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here