Kerajaan PN rancak membeli belah, pancing Ahli Parlimen pembangkang

0
2

AKTIVITI ‘membeli-belah’ sedang rancak dijalankan untuk membeli Ahli Parlimen pembangkang, termasuk lima daripada PKR, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, Ahli Parlimen PKR di Hulu Selangor, Kuala Kedah, Alor Setar, Balik Pulau dan Setiawangsa dipancing untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Sebagai imbuhan balasan, Saifuddin berkata, pelbagai ganjaran ditawarkan termasuk jawatan menteri yang dikosongan beberapa Ahli Parlimen Umno.

Katanya, selain PKR, Ahli Parlimen lain dalam blok pembangkang turut menjadi sasaran usaha kerajaan PN menambah sokongan, sebelum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan dengan usul percaya di Dewan Rakyat September ini. 

“Ini sebabnya mengapa Perdana Menteri buat undi percaya bulan September.

“Melayu Islam tergugat atau kuasa, pangkat dan habuan yang menjadi tujuan berjuang,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Ahli Parlimen DAP, Kula Segaran telah membuat laporan polis hari ini berhubung dirinya dipancing dengan pelbagai ganjaran sekiranya berpaling tadah menyokong kerajaan PN. 

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu mendakwa telah menerima tawaran melalui pesanan WhatsApp menerusi telefon Setiausaha Sulitnya, Jeremy Chuah pada 6 Ogos lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here