Berang Shah dijatuh, netizen serang media sosial pelumba Great Britain

0
1

NETIZEN Malaysia berang dan menyerang Instagram dan Facebook pelumba Great Britain, Jack Carlin yang dikatakan menjadi punca Shah Firdaus Sahrom terjatuh dalam perlumbaan basikal trek acara keirin, hari ini.

Tinjauan di laman media sosial Carlin, netizen Malaysia membanjiri dan menyerang dengan menghambur kata-kata kecaman kepada pelumba itu.

Pada perlumbaan peringkat saringan itu, Shah Firdaus terjatuh ketika bersaing dengan beberapa pelumba lain hingga menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian bahu dan rusuk.

“Jangan sentuh pelumba Malaysia,” amaran pengguna Facebook Mox Dadameah.

“Sangat memalukan, tiada semangat kesukanan, main kotor dan ini bukannya cara untuk memenangi pingat di Olimpik,” kata Ain Hamzah.

“Kamu tiada semangat kesukanan dan tidak patut menyertai acara berbasikal kerana jelas kamu mengayuh untuk melanggar Shah,” kata Tuah Jebat.

Meskipun cedera, namun Shah Firdaus kemudian bersaing semula di reperchage sebelum menduduki tempat kedua, sekali gus mengiringi Datuk Azizulhasni Awang mara ke suku akhir acara keirin, esok.

Terdahulu, Shah Firdaus yang cedera bahu akibat kemalangan itu pada mulanya tidak dibenarkan oleh pegawai perubatan Institut Sukan Negara (ISN) berlumba pada saringan yang terpaksa dimulakan semula.

Namun, selepas diberi kebenaran dia kemudian tampil mempamerkan semangat juang tinggi tidak mudah mengaku kalah di peringkat reperchage yang akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Browne Kwesi dari Trinidad and Tobago. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here