
GURAUAN Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan kontena jenazah Covid-19 mendapat kecaman netizen.
Muhammad Sanusi sebelum ini meminta rakyat di Sungai Petani untuk menjaga diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Penduduk di Sungai Petani perlu berjaga-jaga SOP, jangan masuk hospital…hospital dah penuh,” katanya menerusi rakaman video.
Namun, ketika ditanya wartawan mengenai jumlah kontena jenazah mencukupi di Kulim, beliau menjawab dengan bergurau, “Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama.”
Berikutan itu, netizen tidak berpuas hati dan marah dengan jawapan yang diberikan itu yang disifatkan sebagai kurang cerdik dan tidak prihatin sebagai seseorang yang memegang jawatan tinggi.
Pengguna Twitter, Maven berkata: “Benda ngeri seperti ini pun dijadikan bahan utk berjenaka?”
Noname @mrzack89 pula berkata: “Dia ni teruk betul cakap. Tak ada tokoh langsung. Buat lawak tak kena tempat.”
Sementara, Rudyhizat berkata: “Agak agak la kalau nak buat lawak pun.” – Malaysiapost
