RM694.12 juta elaun Covid-19 diterima petugas kesihatan

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

LEBIH 1.4 juta tuntutan elaun Covid-19 diterima Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dibuat oleh petugas kesihatan sejak April 2020 hingga Jun lalu.

Menurut KKM, tuntutan membabitkan pengurusan kewangan bagi menangani pandemik Covid-19 itu adalah berjumlah lebih RM694.12 juta.

Berdasarkan data yang dikongsikan, bagi tempoh April hingga Disember 2020, sebanyak RM367.49 juta telah dibayar, manakala untuk tempoh Januari hingga Jun 2021, sebanyak RM326.63 juta elaun Covid-19 telah dibayar.

Secara keseluruhan 1,429,707 tuntutan elaun Covid-19 bagi tahun 2020 dan 2021 telah pun dibayar kepada petugas kesihatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here