MALAYSIA merekodkan jangkitan harian Covid-19 paling tinggi iaitu 20,596 kes hari ini, sejak pandemik itu melanda negara.
Menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), setakat hari ini jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia ialah 1,203,706 kes.
Selangor masih lagi kekal sebagai negeri paling ramai dijangkiti Covid-19 iaitu 8,549 kes sekali gus jumlah kumulatif di negeri itu mencecah 442,574 kes.
Kuala Lumpur pula merekodkan 2,163 kes positif Covid-19, diikuti Kedah (1,446), Johor (1,300), Sabah (1,062) dan Pulau Pinang (1,022).
Manakala tujuh negeri merekodkan tiga angka jangkitan Covid-19 iaitu Negeri Sembilan sebanyak 989 kes, Perak (916), Kelantan (772), Sarawak (759), Melaka (622), Terengganu (501), dan Pahang (426).
Jangkitan harian Covid-19 di Putrajaya pula merekodkan 50 kes baharu dan, Labuan sebanyak 15 kes.
Sementara itu Perlis merekodkan empat kes baharu Covid-19. – Malaysiapost

