PERKONGSIAN gambar oleh seorang pengguna Twitter yang makan di sebuah gerai di Perlis mendapat perhatian warga netizen yang rata-rata gembira apabila negeri berkenaan diberikan kelonggaran tersebut.

Kelonggaran ‘dine in’ itu diberikan kepada negeri berkenaan, susulan Perlis kini berada dalam Fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Pengguna dengan akaun nama izzi berpkp@IzzRaifHarz memuat naik beberapa gambar menunjukkan dia bersama rakan makan malam di sebuah kedai makan, dengan kapsyen ringkas ‘salam dine-in dari Perlis’, malam tadi.
Ciapannya itu setakat ini mendapat lebih 21,000 tanda suka lebih 12,000 ulang ciap.
Dalam satu lagi ciapan, Izz menzahirkan rasa syukur kerana dapat merasakan makan di kedai makan selepas sekian lama tidak melakukannya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerana Covid-19.
“Secara jujur selama ini dengan kecaman ‘kau hidup di Perlis buat apa, bukan ada apa pun’, ‘rakyat pun lapan orang’, ‘Perlis dalam Kedah eh’ dan ‘gila bosan takda mall’.
“Masa macam ni even dine-in pun dah syukur gila walaupun we got nothing else. Get well soon Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

