12 MP Umno sah tarik sokongan terhadap Muhyiddin?

0
2

SERAMAI 12 Ahli Parlimen Umno dilaporkan menyokong penuh keputusan parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Senarai 12 Ahli Parlimen itu dinyatakan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menerusi hantaran Facebooknya.

Mereka ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk); Datuk Seri Najib Razak (Pekan); Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang); Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang); Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian); Datuk Seri Azalina Said Othman (Pengerang); Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong).

Diikuti Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang); Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut); Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands).

Lewat petang tadi, Presiden Umno, Ahmad Zahid memaklumkan parti itu telah menyerahkan akuan bersumpah (SD) daripada Ahli-Ahli Parlimen Umno kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau berkata, Muhyiddin telah hilang majoriti dan keabsahan beliau selaku ketua kerajaan PN yang telah terbatal.

Ahmad Zahid berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno hari ini juga sebulat suara bersepakat menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here