Demokrasi sedang ‘diCovidkan’ – Ahmad Maslan

0
2
Ahmad Maslan

DEMOKRASI Berparlimen di Malaysia sedang ‘diCovidkan’ susulan penangguhan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Pontian merangkap Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan yang melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan perkembangan tersebut.

“Ya demokrasi berparlimen di Malaysia sedang “diCovidkan”. Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara ditangguh.

“Suara Ahli Parlimen cuma lima minit (di dalam Dewan Rakyat) setelah tunggu tujuh bulan. Suara Ahli Parlimen “dikuarantin”. Tentulah tidak puas hati kami makin tenat.

“Rakyat faham yang berlaku itu hanya alasan politik,” katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

Dalam ciapan berasingan, Ahmad berkata Dewan Negara yang sepatutnya bersidang mulai hari ini turut ditangguhkan.

“Demokrasi berparlimen di negara ini semakin gersang. Demokrasi sedang “diCovidkan”. Sudah hampir hendak dikafan. Amat tidak sihat untuk imej negara di mata dunia,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here